SMK Desa Murni terletak kira-kira 10
km dari bandar Kepala Batas, 8 km dari pekan Tasek Gelugor, 15 km dari bandar
Bukit Mertajam dan 10 km ke bandar Butterworth. Sekolah ini berada di Sungai
Dua, Butterworth iaitu di Taman Desa Murni. Sebelum sekolah ini dibina, tumpuan
pelajar adalah ke sekolah SMK Datuk Haji Ahmad Said dan kini sekolah ini belum
beroperasi dan pelajarnya menumpang di SMK Datuk Haji Ahmad Said. Sekolah ini
merupakan antara sekolah yang tertinggi di Malaysia iaitu mempunyai satu blok
9 tingkat dan 1 blok 7 tingkat. Bagi Mengatasi kesesakkan di SMKDHAS dan
sekitarnya, kerajaan telah membina sebuah sekolah menengah di Desa Murni.
SMK Desa Murni sepatutnya mula
beroperasi pada tahun 2009 namun atas masalah teknikal ianya masih belum dapat
beroperasi. Pelajar pertama sekolah ini adalah seramai 90 orang ( Tingkatan 1 )
dengan hanya 3 kelas dibuka. Bilangan guru ialah seramai 7 orang dan
1 orang staf sokongan.
Kini 2014,
bilangan pelajarnya adalah seramai 561 orang terdiri dari tingkatan 1, 2, 3, 4
dan 5. Terdapat 23 kelas dibuka dan bilangan guru pula meningkat kepada 49
orang dan staf sokongan seramai 4 orang. Dari segi infrastruktur, terdapat
banyak kemudahan disediakan di sini untuk kegunaan para pelajarnya.
Pengetua
pertama di sekolah ini ialah Tn. Hj. Suhaimi bin Saidin ( mantan Ketua Penolong
Pengarah BTPN ) dibantu oleh En. Zaini Bin Mat Zain (Penyelaras dan PK
Pentadbiran ), En. Rozaini Bin Kassim ( PK HEM ) dan En. Abd Rahman Bin Mohamad
( PK Kokurikulum ).
Tanggal 11 Ogos
2010 ( Rabu ) bersamaan 1 Ramadhan 1431H, sekolah ini telah dapat beroperasi
dibangunannya sendiri dan ini dapat memberi keselesaan kepada pelajarnya serta
kakitangan dengan segala kemudahan yang ada.
Pada 3 Februari
2014, pertukaran pengetua telah berlaku dimana sekolah ini ditadbir oleh En.
Juhari Bin Ahmad bagi menggantikan Tn.Hj. Suhaimi Bin Saidin yang bertukar ke
SMK Kepala Batas. En. Juhari Bin Ahmad merupakan Pengetua SMK (Model Khas)
Permatang Tok Jaya. Beliau juga pernah menjawat jawatan Ketua Unit Pengurusan
Sekolah di PPD Tengah serta Pegawai
Sumber di JPN Pulau Pinang. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari University
Of North Carolina, USA dalam bidang Kejuruteraan Awam. Dalam bidang pendidikan ini,
beliau berkelulusan TESL dari Maktab Perguruan Lembah Pantai.
Seterusnya, bagi menyambung kesinambungan pentadbiran sekolah ini maka pada 09 November 2015, En. Baharuddin Bin Hashim telah melapor diri sebagai Pengetua menggantikan En. Juhari bin Ahmad yang bertukar ke SMK Datuk Haji Ahmad Said, Sungai Dua, Butterworth.
Seterusnya, bagi menyambung kesinambungan pentadbiran sekolah ini maka pada 09 November 2015, En. Baharuddin Bin Hashim telah melapor diri sebagai Pengetua menggantikan En. Juhari bin Ahmad yang bertukar ke SMK Datuk Haji Ahmad Said, Sungai Dua, Butterworth.
Semoga suatu
hari nanti, nama SMK Desa Murni akan menjadi sebutan sama ada dalam bidang kurikulum
mahupun kokurikulum.
Selamat Maju Jaya kepada warga SMK DESA MURNI.